Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Video Lucah : Siapakah "Whistle Blower" Sebenar?




Sejak 21 Mac, gandingan Datuk T diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk Perkasa dan Utusan Malaysia sebagai ‘whistle blowers’ yang harus dilindungi.
Pada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim menayangkan video kepada media dan ahli politik terpilih untuk “membuktikan’  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur. 
Suara-suara Umno  mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai “whistle blower” semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan  mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah.  
Persoalan timbul sama ada Datuk T layak dipanggil “whistle blower”  kerana  kononnya mendedahkan perbuatan sumbang Anwar. 
“Whistle blower”  adalah pihak yang mendedahkan sesuatu skandal , khususnya yang mempunyai implikasi kepentingan nasional.  
Umumnya orang yang membuat pendedahan itu terbabit secara langsung dalam skandal berkenaan, justeru keperluan untuk memastikan keselamatan beliau. 
"Whistle blower" berkenaan  juga dikecualikan daripada pendakwaan demi memastikan agenda  lebih besar ialah membongkar skandal itu dan menghukum  "ikan jerung” yang bertanggungjawab, mencapai matlamatnya.   
Merujuk kepada kes Datuk T,  seseorang yang memegang  bukti  dan mahu menegakkan kebenaran  tidak akan membuat tempahan bilik hotel dan menjemput media serta ahli politik tertentu (Zaid Ibrahim) untuk  menonton video lucah. 
Tindakan itu bukan amalan rasional bagi pihak yang menuntut keadilan tetapi lebih mirip kepada ahli politik yang mahu  memastikan rakaman  itu dipancarkan ke seluruh media tempatan dan antarabangsa. 
Pihak yang berjiwa Islam dan tidak mahu mengaibkan sesiapa (seperti mana yang didakwa Datuk T) tidak akan menggunakan media untuk membuat ugutan terbuka terhadap Anwar dan isterinya untuk berundur dari politik.
Sejak 21 Mac,  motif Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib  bersabit video itu terbongkar sedikit demi sedikit. 
Kecacatan-kecacatan dalam video berkenaan turut diperinci dan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu, untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik semata-mata. 
Dukacita dimaklumkan  gandingan Datuk T tidak boleh memakai topi “whistle blower”  supaya  kebal dari pendakwaan di mahkamah undang-undang mahupun menghadapi penilaian di  mahkamah rakyat. 
Segala tindakan yang diambil mereka mempunyai agenda tertentu dan ianya amat berkait dengan agenda besar Umno untuk Datuk Seri Anwar.
Benar,  “whistle blower” harus dllindungi, tetapi siapakah “whistle blower”  dalam kes  ini, mahupun dalam politik Negara?
Jawapannya Anwar Ibrahim. 
Susulan tindakannya  mendedahkan pelbagai skandal di Dewan Rakyat dan di ceramah-ceramah,  Anwar digantung enam bulan dari Parlimen Disember lalu.
Ceramah-ceramah beliau di Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain menjadi sasaran serbuan polis. 
Di Sarawak, ceramah-ceramah Anwar dihadiri ribuan orang, di bandar dan kawasan pedalaman, dengan pengundi Melayu-Melanau, Cina, Iban dan Dayak hadir mendengar kepincangan-kepincangan BN. 
Sehingga hari ini,  Perdana Menteri dan menteri-menteri Umno khususnya tidak menjawab beberapa skandal yang dibongkarkan oleh Anwar. 
Ini termasuklah pemberian kontrak lebih RM2 bilion Kementerian Pertahanan  kepada seorang pemimpin Umno dari Perak sejak tahun 2008 yang  mencerminkan budaya kronisme masih menebal dalam Umno. 
Najib juga tidak mengulas dakwan Anwar bahawa 1Malaysia Development Corporation (MDB) dan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud menjalankan urusniaga mencurigakan dengan Petro Saudi. 
Urusniaga itu  melibatkan hampir  RM6 bilion ringgit.
Contoh-contoh ini hanya secebis daripada pendedahan yang dibuat oleh Anwar di Parlimen dan di luar dewan sejak beliau menjadi Ketua Pembangkang Ogos 2008. 
Kebanyakan daripada dakwaan itu tidak dijawab oleh menteri berkenaan, sebaliknya Ketua Pembangkang diaib dan dicaci dengan kata-kata kurang sopan di dalam Parlimen serta juga di luar oleh juak-juak Umno.  
Sejak 2008, Umno mencari helah bagaimana untuk mengekang “whistle blower”  bernama Anwar Ibrahim.
Perbicaraan fitnah liwat sekali lagi menjadi senjata politik Umno untuk menyerang Anwar dengan keyakinan pengundi Melayu mudah dipengaruhi atas isu-isu agama dan moral. 
Juak-juak  Umno seperti Umni Hafilda dikitar semula manakala “pejuang-pejuang  bangsa”  seperti Senator Ezam Mohamad Nor dan S.Nallakarupan diberikan liputan luar biasa dalam media arus perdana. 
Apabila “tsunami fitnah”  Umno tidak dapat menghakis sokongan untuk Anwar KERANA orang Melayu menolak budaya sedemikian, parti itu tidak berundur malah memperhebatkan serangan. 
Maka sampailah giliran gandingan Datuk T pula memegang “obor kebenaran”  Umno dengan  video seks demi membela agama bangsa dan negara.
Dan jika video seks babak pertama gagal mencapai maksud yang dihajatkan oleh Umno, usah bimbang kerana kilang fitnah parti itu sentiasa rancak dengan senjata-senjata lain. 
Perlu ditanya, jika Anwar tidak lantang dan hujahnya tidak meyakinkan, adakah Umno akan mengambil peduli terhadapnya?.
Apakah rakyat di Semenanjung dan di Sarawak akan menerima secara membuta tuli segala pendedahan Anwar, jika ia tidak disokong dengan bukti dan fakta?
Jelas,  Umno mempunyai kepentingan untuk membisukan “whistle blower” terbesar di negara ketika ini dengan apa cara sekali pun sama ada menerusi mahkamah atau pun menggunakan video untuk menabur fitnah.  

0 Komen pengunjong :