Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi


 KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.
Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat,"kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam,"tegasnya.

1 comment :

  1. woi sam ketot org semua tengah pening kenapa kau yg ade kat situ.lagi x de kena mengena.at least JAWI menjaga hal2 berkenaan islam.dah kenalah yg pengarah JAWI ade kat situ.sam ketot jage ape??jage hal ehwal anwar ke eskay?kalau kau x nak sumpah kenapa perlu halang org lain nk bersumpah?kalau kena laknat pun bukan korang yg kena.NAK TAKUT APA?

    ReplyDelete