Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Manifesto BN Hanya Untuk Pertahan Kuasa - Wan Azizah

Di sebalik manifesto yang dilaungkan kerajaan BN menjelang pilihanraya negeri Sarawak kononnya bertekad untuk mengkayakan negeri itu, ia seolah-olah ungkapan keramat, namun bernada lucu.

Hal ini kerana, bukan hanya rakyat Sarawak, malah dunia umumnya mengetahui akan perihal kekayaan Sarawak yang dibolot oleh Ketua Menterinya yang mentadbir negeri itu selama lebih suku abad lamanya.

Malah Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kelmarin turut mendedahkan pernah menaiki kereta mewah milik Taib Mahmud yang
dibeli secara tunai oleh beliau sebagai hadiah untuk hari kelahirannya sendiri.

“Saya tahu sebab dulunya semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, kami datang dan disambut dengan Roll Royce. Roll Royce itu saya difahamkan (Tan Sri) Taib, dia beli tunai untuk hadiah hari jadi untuk dirinya sendiri.

“Saya diberikan peluang untuk menaiki Roll Royce itu sebab saya tahu di Semenanjung, Roll Royce ini adalah hanya untuk Sultan, jadi lebih dari Sultan kalau nak kira Taib Mahmud ini,” kata Azizah pada ceramah di Tupong, malam semalam.

Rakyat sedia maklum, kekayaan Taib Mahmud bukan hanya di dalam negara namun melimpah-ruah ke luar negara termasuk di Kanada.

Sarawak Report mendakwa Taib Mahmud dan anggota keluarganya memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di negara itu.

Laman web itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - Preston Square dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa.

Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan
daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.

Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga
Taib.

Justeru itu, Wan Azizah dalam ceramahnya sekali lagi mengingatkan rakyat Sarawak agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis BN.

Katanya, janji yang ditabur oleh pemimpin BN hanyalah untuk mengekalkan kekuasaan yang ada.  

“Pilihanraya ini adalah untuk membuat perubahan. Kalaulah tuan-tuan dan puan-puan sebagai pengundi di Tupong ini tidak membuat perubahan (sekarang), sukarlah. Kerana lepas berpuluh-puluh tahun (negeri ini) ditadbir atau cengkaman oleh Ketua Kenteri yang paling kaya,” katanya.

0 Komen pengunjong :