Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hata Wahari bacakan hadis di depan pengerusi panel siasatan Utusan


KUALA LUMPUR: Wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari berkata, beliau membacakan sepotong hadis di hadapan pengerusi panel siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Bhd, selepas didapati bersalah atas dakwaan mencemar imej syarikat majikannya itu.
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) itu ketika dihubungi berkata, tidak ada sebab atau alasan diberikan panel siasatan terhadap hukuman bersalah yang dijatuhkan ke atasnya.
Namun katanya, beliau diminta membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
“Pagi tadi keputusan itu dibacakan dihadapan saya yang didapati bersalah terhadap lapan tuduhan. Tetapi tidak pula memberikan sebab kenapa saya dituduh bersalah.
“Tetapi Mohd Basir menyuruh saya membuat rayuan, bagaimana saya mahu buat rayuan sedangkan tiada alasan dikemukakan. Memandangkan beliau hanya diam, saya bacakan sepotong hadis ‘kita semua akan mati dan akan hadapi pengadilan yang paling besar di Padang Mahsyar.
Di sana kita akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah’,” katanya kepada KeadilanDaily.
Hata sudah menjangka keputusan berkenaan, seperti nasib yang menimpa wartawan Utusan dan Presiden NUJ, Yazid Ismail pada 1982 dan Pengerusi NUJ Cawangan Utusan Melayu, Amran Ahmad, yang berakhir dengan pemecatan pada 2009.
“Tuduhan bersalah ke atas saya sudah dijangka daripada awal, memandangkan saya orang ketiga yang didakwa atas tuduhan ini. Kali pertama pada tahun 1982, kedua pada 2009 dan sekarang saya,” ujarnya.
Hata dalam pada itu menegaskan beliau tetap akan memperjuangkan haknya dan tidak menolak sekiranya terpaksa menggunakan saluran undang-undang bagi tujuan itu.
“Sekarang ini saya kena tunggu dulu surat hukuman daripada Utusan, jika dalam surat jelas memberikan sebab saya dijatuhkan hukuman, saya akan membuat rayuan.
“Walaupun saya sudah tidak berada di Utusan, tetapi saya sayang tempat saya bekerja. Saya akan perjuangkan Utusan supaya tidak dibinasakan pihak tertentu. Memandangkan syarikat itu dibangunkan atas duit rakyat,” katanya penuh beremosi.
Hata Wahari sebelum ini berdepan lapan tuduhan salah laku kerana mengeluarkan kenyataan kepada portal berita Malaysiakini, Malaysian Insider, Merdeka Review dan akhbar The Sun antara 21 September dan 14 Oktober 2010, yang didakwa memburuk imej syarikat.
Beliau digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh pengurusan Utusan.

0 Komen pengunjong :