Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Haris Ibrahim dilarang masuk Sarawak

NONESeorang lagi aktivis awam – presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim – dilarang masuk ke Sarawak “atas arahan orang atasan”.
Malaysiakini mendapat tahu mengenainya daripada tweet Fahmi Fadzil, setiausaha politik kepada ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Ketika dihubungi, Haris (kiri) mengesahkan beliau kini terkandas di
lapangan terbang Kuching selepas tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

“Saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, mereka beritahu yang saya telah disenaraihitamkan atas arahan pihak atasan, walaupun mereka sendiri tidak sedar kenapa saya dilarang masuk,” katanya.
Haris, yang datang sendirian, berkata beliau berkeras meminta perintah bertulis hitam-putih mengenai perkara itu.”Saya tidak berhasrat balik tanpa satu pengesahan rasmi,” katanya.
Peguam yang menjadi aktivis itu menegaskan adalah tidak masuk akal untuk Sarawak melarang orang datang ke negeri itu hanya kerana pilihan raya akan diadakan, tanpa satu alasan yang sah.
Ekoran permintaannya itu, beliau diberikan satu notis melarangnya masuk ke negeri itu, tetapi tiada alasan diberikan.

0 Komen pengunjong :