Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fitnah 2: Mahkamah dengar penggulungan hujah peguam bela


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka akan mendengar hujah penggulungan daripada peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  dalam kes Fitnah II.
Pada asalnya, mahkamah menetapkan Isnin lalu (18 April) sebagai tarikh mendengar penghujahan itu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan tersebut dalam satu surat bertarikh 6 April.
Kes Fitnah II itu kini memasuki peringkat penggulungan hujah kedua-dua pasukan pendakwa dan peguambela selepas kesemua saksi pendakwa dipanggil memberi keterangan.
Hakim Zabidin dijangka membuat keputusan samada pendakwaraya berjaya membuktikan wujud kes prima facie sebaik sahaja kedua-dua pihak menggulung hujah mereka
Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.15 petang dan 4 petang 26 Jun 2008.
Pada perbicaraan 24 Mac lalu,  mahkamah  menolak permohonan peguam supaya ketiga barangan yang diperoleh secara tipu helah itu tidak dijadikan sebagai bahan bukti.
Barang berkenaan iaitu tuala ‘good  morning’, berus gigi dan botol mineral yang diambil ketika Anwar ditahan di lokap.
Dalam perbicaraan sebelum ini, saksi pendakwa yang dipanggil memberi keterangan menyaksikan pelbagai kepincangan dan percanggahan keterangan antara satu sama lain.

0 Komen pengunjong :