KUALA LUMPUR: Tindakan Barisan Nasional membawa Ummi Hafilda Ali dan Ezam Mohd Nor berkempen ke Sarawak disifatkan sekadar membawa ‘sampah’ yang akan mengotorkan lagi suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.
Demikian kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail, mengulas kehadiran dua ‘boneka’ tersebut bagi membantu jentera BN di Sarawak, menjelang hari pengundian 16 April ini.
“Umno terpaksa upah ‘sampah’ Ezam dan Ummi yang akan membawa cerita lucah dan kotor untuk serang ketua pembangkang. Mereka (Umno) sepatutnya sedar rakyat Sarawak ingin mendengar hujahan berdasarkan fakta.
“Saya berharap mereka berdua berhenti jadi alat dan boneka kepada Umno kerana ceramah dan cerita mereka tidak releven,” kata Siti Aishah ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Aisyah berkata, BN semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan taktik murahan bagi menarik simpati pengundi di Sarawak yang semakin muak dengan pentadbiran Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.
“BN sudah goyah dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), itu yang menyebabkan mereka terpaksa bawa ‘sampah-sampah’ tersebut.
“Contohnya semasa ceramah di Kampung Boyan baru-baru ini, rakyat sudah mual dengan ceramah Ezam, manakala ceramah Ummi pula pastinya menjurus kepada pendedahan yang tidak berkesudahan tetapi tidak pula mahu mendedahkannya,” ujarnya.
Sementara itu, Siti Aishah turut menyatakan kekesalannya dengan tindakan BN yang disifatkan beliau seperti mahu memperbodohkan rakyat Sarawak dengan fitnah mereka.
“Rakyat Sarawak tidak bodoh, mereka semuanya celik politik yang mahukan perubahan seperti yang dibawa oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
10 hours ago
0 Komen pengunjong :