Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar Bawa Mesej "Ubahlah" Ke Kawasan Terpencil Sarawak


KAPIT 14 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kematangan rakyat Sarawak akan menyerlah pada pilihanraya negeri kali ini apabila mereka bangkit bersama menolak pemerintahan rakyat Barisan Nasional pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Anwar bermalam di Kapit malam tadi, sebuah kawasan pedalaman yang diwarnai dengan rumah-rumah panjang dan mengambil masa perjalanan tiga jam menggunakan bot dari Sibu.
Bercakap kepada kira-kira 500 penghuni Rumah Panjang Bundung,  Anwar menegaskan keinginan rakyat Sarawak mengukir masa depan yang baru dan lebih terjamin akan diterjemahkan menerusi kotak undi pada Sabtu ini.

"Tidak ada sebab lagi rakyat Sarawak terutamanya orang Iban dan Melayu terus sokong BN setelah melihat bagaimana mereka merompak memperkayakan dua tiga kerat pemimpin pada hal rakyat terus hidup merempat," kata Anwar.

Sambutan rakyat yang amat menggalakkan menambahkan keyakinan beliau bahawa perubahan drastik bakal berlaku.

Dalam ucapannya Anwar turut mengulas “perbalahan” antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Taib bersara dengan segera manakala Ketua Menteri yang sudah berkuasa selama 30 tahun itu masih ingin memerintah.

Anwar berkata rakyat Sarawak bukan sahaja ingin Taib berundur tetapi mahu BN Sarawak turut  berbuat demikian.

"Sekarang Najib dan Taib sudah berbalah. Apa punya Perdana Menteri datang ke Sarawak hanya untuk umumkan Taib akan berundur dan kemudiannya Taib tunjukkan sikap degilnya. Ini bukti mereka akan kalah di Sarawak," tegas beliau lagi.

Pagi tadi Anwar menaiki feri untuk bertemu dengan rakyat di Song yang terletak kira-kira 41 km dari Kapit.

Seperti di Kapit semalam, ribuan penduduk menyambut beliau yang diiringi calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N55 Katibas, Munan ak Laja.

Anwar  mengunjungi  pasar, kedai dan gerai di Song dan disambut mesra oleh penduduk setempat. 

Ada yang berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama Ketua Pembangkang itu

Di pasar Song, Anwar menyeru agar rakyat Sarawak membuang rasa gentar terhadap BN.

"Kita yang tidak curi balak, rampas tanah, rogol anak gadis Melaka, bunuh Altantuya jadi nak takut, apa pasal. Orang yang buat semua jenayah pulak  jadi berani, naik pangkat malah datang berkempen minta sokongan,” kata Anwar.
"Sudah tiba masanya rakyat Sarawak kata "enough is enough(sudah cukup)" dan pada 16 April nanti kita tumbangkan BN dan tegakkan perintah baru di bawah Pakatan Rakyat,"  tegas  beliau.

0 Komen pengunjong :