Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

1 Mei: Harga barang naik, gaji bila lagi

Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi" pada 1 Mei ini.

Menurut jurucakap jawatankuasa 1 Mei, S Arutchelvam, peserta dijangka berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.

"Dijangkakan sekurang-kurangnya 500 peserta yang terdiri dari pekerja, mahasiswa dan aktivis masyarakat akan menyertai perarakan ini," kata beliau pada sidang media di bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Menyentuh mengenai permit polis, Arul menjelaskan beliau akan memaklumkan melalui notis pemberitahuan.

“Kami akan maklumkan kepada pihak polis. Saya tidak fikir mereka akan halang, kerana pada 26 Mac yang lalu satu perarakan Solidariti Kaum Wanita telah diadakan di Pasar Seni.

"Sebelum ini kita telah anjurkan acara yang serupa dan tiada sebarang gangguan," katanya yang juga setiausaha parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sementara itu, Arul memaklumkan, kira-kira 34 peratus atau bersamaan hampir 1.3 juta pekerja di Malaysia berpendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan.

Bahkan katanya, ada di antara pekerja terutama di sektor perladangan dan perkilangan yang mendapat gaji permulaan pada paras RM 450 sebulan, lebih rendah dari pendapatan di bawah kemiskinan iaitu RM720 sebulan.

“Dalam masa yang sama, harga keperluan asasi meningkat mendadak. Ini adalah reailiti kehidupan di Malaysia. Justeru tuntutan kami adalah kerajaan segera melaksanakan Akta Gaji Minima,” katanya.

Jelas beliau juga, tekanan oleh persatuan-persatuan majikan terhadap kaum pekerja sering kali menggagalkan tuntutan agar akta gaji minimum diluluskan di Parlimen.

“Kroni di didahulukan, untung diutamakan. Dasar kerajaan sering kali memihak kepada syarikat-syarikat besar. Sekarang, mereka boleh mengugut kerajaan, iaitu sama ada untuk menyebelahi pekerja, atau pun pengilang menarik keluar pelaburan,” ujarnya.

Justeru katanya, penyelesaian bagi gaji minima di Malaysia boleh dimulakan dengan memperkenalkan gaji minima kepada sektor tertentu terlebih dahulu seperti industri perkilangan.

“Tuntutan kita ialah kadar gaji minima adalah mengikut kadar beban kehidupan di Malaysia,  sekurang-kurangnya RM 900. Ia tidak boleh kekal kerana setiap kali adanya kenaikan barangan, seharusnya begitu juga dengan kenaikan gaji,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Bawani KS, Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Valerie Thomas, wakil Suaram, Andika Abd Wahab dan Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Izzuddin Helmi.

0 Komen pengunjong :