Wanita KEADILAN yakin Anwar tidak terlibat

ZK20

KUALA LUMPUR: Wanita KEADILAN percaya dan yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat di dalam perlakuan video seks sebagaimana yang disebarkan, kata ketuanya, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida menegaskan Wanita KEADILAN juga tidak akan berkompromi terhadap politik jijik ini.
“Kami menggesa agar ‘Datuk Trio-Teruk’ ini segera ditahan serta merta kerana jelas telah mencabuli hak peribadi.
Siasatan mesti diteruskan, sebagai pengajaran kapada perbuatan terkutuk ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Keadilan Daily.com.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata,  strategi politik kotor sebegini akan menjejaskan imej Kabinet semata-mata serta memberi gambaran seolah-olah negara ini sedang diperintah oleh golongan yang benar-benar sudah ketandusan idea untuk mentadbir.
Malah katanya, ini adalah petunjuk bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Umno Barisan Nasional(BN) amat tergugat untuk berdepan dan bersaing dengan Pakatan Rakyat di persada politik negara.
Beliau turut mengingatkan Najib juga pimpinan kerajaan supaya menghapuskan pemimpin kotor sedia ada bagi mengelakkan pengkuburan Umno BN dalam tempoh singkat.
Malah katanya, sebagai sebuah negara yang mendukung prinsip demokrasi, permainan politik sebegini amat memualkan.
“(Walhal) Umum mengetahui melalui pendedahan-pendedahan skandal atasan sebegini, kebanyakan kes melibatkan pemimpin Umno BN.
“Buktinya, lihat sahaja kes DNA (Datuk-Najib-Altantuya), menteri rogol amah, menteri raba pelayan dan hubungan tabii luar nikah.
“Rakyat harus diberi hak untuk memilih siapa yang layak memimpin mereka, tanpa dipengaruhi dengan isu-isu jijik yang ditaja Umno BN sebegini,” tegas Zuraida.

0 Komen pengunjong :