Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keberanian Johari Abdul dedah kebenaran dikagumi



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim kagum dengan keberanian Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul tampil ke depan dan mengambil risiko mendedahkan ganjaran kewangan yang ditawar kepadanya.
“Ia adalah tindakan wajar yang dilakukan seorang pemimpin politik berprinsip seperti Johari. “Saya sangat gembira dengan kenyataan Johari. Ia amat sukar kerana beliau adalah saudara jauh dengan Shuib Lazim.
“Tetapi, beliau melakukan perkara yang perlu dilakukan seorang pemimpin politik. Saya bangga dengan dia, mempunyai keberanian untuk tampil ke hadapan (membuat pendedahan itu),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di luar mahkamah sebaik sahaja perbicaraan kes Fitnah II ditangguh kepada 18 April depan.
Johari – Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, semalam mendedahkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik ialah dalang utama di sebalik pendedahan rakaman video seks fitnah yang dikait dengan Anwar.
Pendedahan menggemparkan itu dibuat Johari di Ibu Pejabat KEADILAN, yang turut dijanjikan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno.
Rahim Tamby Chik adalah pemimpin politik Umno yang terlibat dalam skandal seks dengan gadis bawah umur pada pertengahan 1990-an. Beliau didakwa di mahkamah pada 1994 tetapi kes itu digugurkan.
Sebaliknya, skandal itu mengheret tokoh pembangkang, Lim Guan Eng yang cuba membela gadis bawah umur itu, ke penjara.

0 Komen pengunjong :