Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Video Seks: Srikandi desak Najib hentikan politik kotor


KUALA LUMPUR: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghentikan permainan politik kotor Umno-Barisan Nasional (BN).
Beliau menyifatkan pendedahan video seks yang kononnya dikaitkan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu lagi konspirasi yang bertujuan untuk menjatuhkan karier Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat.
“Tuduhan ke atas pemimpin itu tidak berasas dan memualkan,” kata Siti Aishah dalam kenyataannya hari ini.
Beliau mengulas pendedahan rakaman video berkenaan, yang dilakukan oleh invividu yang dikenali sebagai ‘Dato T’, di sebuah hotel ternama di ibu kota semalam.
Siti Aishah  tidak menolak penghasilan video itu adalah bukti bahawa Umno-BN kini semakin tertekan dengan reputasi Anwar dan pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sokongan.
“Anwar seorang yang berintegriti dan berani melawan kerajaan BN yang korup dan sebab itu muncul pula video seks.
“Penayangan dan penghasilan ‘drama’ itu menunjukkan ahli-ahli politik tertinggi BN yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Dalam pada itu, Siti Aishah meluahkan kekecewaannya dengan pemimpin BN ketika memberi pandangan mengenai kemunculan video tersebut.
“Kami kecewa dengan pemimpin BN terutamnya ahli Parlimen mereka ketika memberi respon mengenai video itu yang tidak memperlihatkan moral dan akhlak yang baik sebagai pemimpin.
“Mereka gagal memberikan penilaian yang baik. Mereka gagal mendukung integriti dalam politik mereka. Mereka gagal menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti golongan muda,” katanya.
Beliau juga menggesa  siasatan dilakukan segera secara profesional tanpa rasa takut dan menyebelahi mana-mana pihak.
“Fitnah I gagal. Fitnah II juga retak menanti belah dan skandal terbaru ini akan menerima nasib yang sama,” ujarnya.
Srikandi hari ini turut bersama penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) memberi sokongan kepada Anwar ketika membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung rakaman video berkenaan.

0 Komen pengunjong :