Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tindakan tak profesional polis bukti Umno BN gentar

 
 KUALA LUMPUR: Tindakan polis menyerbu kawasan persendirian dan mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pentas di saat-saat untuk mengakhiri ceramahnya, menunjukkan Umno Barisan Nasional (BN) gentar dengan kebangkitan rakyat yang dipimpin Ketua Umum KEADILAN itu.
Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata Umno BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor takut kebenaran akan terserlah walaupun mereka  cuba mengaburi rakyat dengan kes Fitnah II dan muslihat video seks.
“Polis menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian. Tindakan itu mengakibatkan kecederaan kepada rakyat termasuk wartawan dan pimpinan AMK,” katanya pada satu kenyataan media, awal pagi ini.
Malam tadi, program pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: Datuk Najib-Altantuya berlangsung di Taman Melawati di sini dan dihadiri ribuan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Anwar hanya dibenar menyampaikan ucapan selama 15 minit,  sebelum sepasukan polis mengheret Ketua Pembangkang itu turun dari pentas utama hingga menimbulkan kekecohan sedangkan perhimpunan itu sebelumnya berlangsung aman.
Dalam kejadian itu, dua lelaki, Mazlan Mohamad Raos disumbat ke lokap balai polis Hulu Klang manakala seorang lagi, Helmy Eizal – seorang ahli AMK Gombak dibawa ke lokap balai polis Ampang.
Saifullah kecewa dan kesal kerana polis sendiri bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis yang diadakan secara aman di kawasan persendirian, malah membuat dua tangkapan terhadap ahli AMK dan orang awam.
“AMK Selangor menyeru polis supaya tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pemerintah Umno BN. Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN,” katanya.

0 Komen pengunjong :