Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rakyat Sarawak Mampu Bangkit Tamatkan Perintah Rasuah




SARAWAK 30 MAC : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia terhadap pemerintahanan zalim dan rakus harus menjadi perangsang kepada rakyat Sarawak untuk menolak Barisan Nasional yang memerah segala kekayaan negeri untuk pemimpin dan ahli keluarga mereka.
Dalam ceramahnya di Tupong, malam tadi, Anwar menegaskan rakyat di kedua-dua negara Arab tersebut berjaya menumbangkan rejim zalim setelah tertindas puluhan tahun dan Anwar yakin perkara yang sama juga mampu dilakukan oleh rakyat Sarawak dan Malaysia keseluruhannya melalui peti undi.
"Dulu kemungkinan untuk menukar pemerintahan di negara Arab agak mustahil, cukup susah. Tetapi rakyat sudah sedar begitu juga (Hosni) Mubarak (bekas Presiden Mesir). Tiga puluh tahun baru "tutup" dan ganti dengan kerajaan lain. Sarawak juga 30 tahun mesti tutupkan BN!" kata beliau. 
Anwar menegaskan pemimpin BN di Sarawak dan pemimpin diktaktor di dunia Arab mempunyai banyak persamaan dan mereka yang bangkit menentang mereka akan ditekan.
"Pemimpin hidup dengan mewah dengan jet peribadi dan kekayaan banyak. Nama Islam tapi bukan Islam yang dimuliakan tetapi wang dan dana rasuah diutamakan. Siapa yang lawan dia akan dihina dan diaibkan. Saya masih bernasib baik tidak ditembak, tidak hilang. Macam Teoh Beng Hock, (kononnya) dia jatuh dengan sendirinya. Bukan orang tolak dia tapi dia jatuh dengan sendiri dari tingkat 14,' kata Anwar dengan sinis.
Anwar berkata Pakatan Rakyat memberikan harapan baru kepada rakyat Sarawak berasaskan rekod pemerintahannya di empat buah negeri di Semenanjung, termasuk dua negeri paling maju di Malaysia - Selangor dan Pulau Pinang.
"Mana dua negeri yang paling tinggi pelaburan asing di Malaysia? Pulau-pinang dan Selangor, kedua-duanya  negeri Pakatan Rakyat. Sarawak jauh lebih kaya dari Selangor, dan Kedah atau Pulau Pinang. Kalau di Selangor, orang Melayu atau Cina , India atau Orang Asli mati, waris diberikan RM 2500. Apabila lahir RM 100 masuk akaun. Air adalah percuma. Kita jaga amanah ini. Kalau ada rasuah, kita minta dia letak jawatan," kata Anwar. 
Anwar berkata beliau tidak gentar terhadap Umno atau Barisan Nasional walaupun terus diserang dengan pelbagai fitnah, sejak dipecat dari Umno dan dihumban ke penjara selama enam tahun atas tuduhan-tuduhan rekayasa. 
Beliau  meminta rakyat menilai kata-mata manis dan fitnah yang dilontarkan BN semata-mata untuk mengabui mata rakyat.
"Yang BN nak takut sangat dengan saya buat apa? 13 tahun nak jawab tak boleh, Saya tak takut. Pilihan Raya Sarawak tak lama lagi. BN  kata Melayu habis, Melayu akan miskin jika ada perubahan. Adakah Melayu kaya sekarang?," kata Anwar.

0 Komen pengunjong :