Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perkasa Bidas Model Ekonomi Najib


KUALA LUMPUR 28 MAC : Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini.
Dalam kritikan pedas beberapa jam sebelum pentadbiran Najib Tun Razak mengumumkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Ibrahim berkata, agenda nasional mesti digerakkan selari dengan kehendak Artikel 153.
Katanya, Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Najib tidak boleh melindungi hak Melayu dan Bumiputera kerana ia bersifat terlalu longgar dan terdedah kepada manipulasi, kata beliau pada akhir Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di sini hari ini, lapor Malaysian Insider.
Justeru kata beliau, tindakan-tindakan sebaliknya bersamaan dengan pendekatan mengabaikan kesemua hak yang diperjuangkan oleh nasionalis Melayu ketika menentang pembentukan Malayan Union, yang memberikan bukan Melayu lebih banyak hak.
Ibrahim juga mengecam kerajaan Umno-BN kerana memberi terlalu banyak perhatian kepada syor-syor pakar luar negara dalam melaksanakan MBE sedangkan mereka tidak faham latar belakang sejarah yang bersangkut-paut dengan ekonomi Malaysia.
“Mereka datang ke sini untuk merangka ekonomi bagi Malaysia berdasarkan pertimbangan asing dan bukannya (keperluan) sosioekonomi negara,” katanya lagi.
“Perlembagaan Persekutuan mesti dijadikan terma rujukan dalam mana-mana dasar nasional,” kata Ibrahim.
“Meskipun kita sedang menuju ke arah satu transformasi dengan cenderung kepada meritokrasi dan liberalisasi untuk memenuhi kehendak ekonomi global, terma rujukan yang seharusnya mestilah Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini.
Tambah beliau, mana-mana dasar ekonomi yang tidak bertunjangkan Artikel 153 bercanggah dengan perlembagaan dan ia juga satu tindakan jenayah
“Mereka datang ke sini untuk merangka ekonomi bagi Malaysia berdasarkan pertimbangan asing dan bukannya (keperluan) sosioekonomi negara,” katanya lag

0 Komen pengunjong :