Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perhimpunan ahli AMK bantah video seks


Kira-kira 100 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur hari ini bagi membantah video seks yang dikaitkan dengan ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantahan tersebut akan bermula selepas solat Jumaat dengan diketuai ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ketika dihubungi, ketua AMK cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata anggota AMK Wilayah Persekutuan dan Selangor dikerahkan menghadiri perhimpunan tersebut.

Selepas itu, katanya, mereka akan bergerak menuju ke pejabat pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik, yang merupakan antara individu di sebalik tayangan video seks kepada pihak media di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu.

Dalam tayangan tersebut, mereka mendakwa lelaki yang melakukan aksi seks dalam video mirip Anwar yang juga ketua pembangkang.

Bagaimanapun, Anwar telah menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu dan turut membuat laporan polis.
Semalam, pemimpin PKR di seluruh negara membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' berhubung penayangan video tersebut.

Di Kuala Lumpur, ahli parlimen Kelana Jaya Gwo Burne membuat laporan ke atas Datuk T kerana mengedarkan bahan lucah dan melakukan
ugutan jenayah.

Beliau diiringi oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Datuk T adalah nama samaran bagi tiga tokoh - Rahim Chik, Eskay dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Di Alor Setar, kira-kira 30 ahli PKR Kedah mengadakan perhimpunan di luar balai polis Alor Setar semalam bagi mendesak kumpulan tiga orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' ditangkap.

Perhimpunan aman selama 10 minit ini diketuai oleh ahli jawatankuasa pusat PKR, Gooi Hsiao Leung, yang juga membuat laporan polis selepas perhimpunan itu.

Kumpulan itu juga membawa sepanduk dan melaungkan slogan reformasi manakala kenderaan yang berulang-alik di kawasan itu
membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Terdapat juga perwakilan dari Baling, Kuala Ketil, Alor Setar dan Kubang Pasu.

Polis diminta menyiasat perkara itu sebagai kesalahan jenayah mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, kerana menayang bahan lucah kepada awam serta Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dan menakut-nakutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Semalam Rahim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dipanggil memberi keterangan di ibupejabat Bukit Aman berhubung video tersebut

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rahim berkata beliau telah menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Katanya, beliau telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

0 Komen pengunjong :