Kerajaan Negeri Selangor mengutuk penyebaran video lucah yang menfitnah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan perkara ini sebagai amat memalukan dan menjatuhkan maruah umat Islam dan orang Melayu yang kononnya mewakili parti yang memperjuangkan hak Melayu dan Islam di negara ini.
"Kita telah diberitahu tiga orang telah mengaku menyimpan, menonton dan mempertontonkan video lucah ini yang menunjukkan betapa rendah moral pemimpin yang mengakui mereka mewakili orang Islam Melayu di Malaysia," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.
Hari ini, ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil dalam sidang media bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T yang bertanggungjawab mempertontonkan rakaman lucah kepada media Isnin lalu.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut tampil mendakwa Rahim dan Shazryl menemui beliau di Hotel Flamingo Kuala Lumpur untuk menunjukkan video 21 minit itu sebelum memujuk beliau untuk lompat keluar dari PKR menyertai itu dengan imbuhan lumayan.
Menurut Khalid, beliau tidak terkejut jika hal video itu didapati berkepentingan politik.
"Kalau inilah tujuannya untuk meraih kebaikan politik bagi parti-parti tertentu. rakyat dan pengundi mesti memilih untuk menolak perkara ini.
"Saya amat yakin, orang Melayu Islam adalah lebih bijak dan tidak mudah disogok dengan fitnah seperti ini," tegas Khalid
Justeru Khalid meminta pihak Polis secara telus menyiasat laporan polis yang dibuat Anwar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.
"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap laporan polis yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim termasuk mengambil tindakan terhadap tiga individu yang telah mengaku memiliki, menonton dan mempertontonkan rakaman video lucah itu," kata beliau.

0 Komen pengunjong :