Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan Rakyat lancar kempen ‘DNA Najib-Altantuya’



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menggerakkan kempen yang dinamai ‘DNA Najib-Altantuya’ sebagai reaksi terhadap  tohmahan pimpinan dan media kawalan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu sampel DNA.
“KEADILAN akan menggerakkan kempen bertema ‘DNA Najib-Altantuya’. Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini
Bercakap pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.
“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, demonstrasi yang diadakan  ahli Umno BN menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai suatu tindakan politik yang pincang.
“Sudah jelas bahawa kes ini adalah kes politik. Ia sengaja diwujudkan untuk memberi kesan kepada pengundi pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

0 Komen pengunjong :