Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahkamah Perakui Selcat Sah Di Sisi Undang-Undang


SHAH ALAM 22 MAC : Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memutuskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat), merupakan jawatankuasa yang sah di sisi undang-undang.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Teng Chang Kim berkata, keputusan tersebut dimaklumkan oleh peguam, Tommy Thomas.

Penghakiman mengenainya dibuat oleh Hakim Zaleha Yusof yang memutuskan keputusan pada mana-mana sidang dewan tidak boleh dicabar oleh mahkamah.

"Usul untuk menubuhkan Selcat telah pun diluluskan oleh Dewan dengan cara ketetapan atau usul yang mendapat sokongan majoriti dan usul ini tidak boleh dicabar menurut perkara 72 dan 77 Perlembagaan Persekutuan," jelas Teng pada sidang media di Dewan Annex, di sini hari ini.

Sebelum ini tiga ADUN Barisan Nasional (BN) memfailkan saman terhadap Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) bagi mengisytiharkan jawatankuasa itu tidak sah.

Saman pemula itu difailkan oleh ADUN Sungai Air Tawar, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad, ADUN Morib, Hasiman Sidom dan ADUN Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun pada November 2009.

Mereka memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Selcat telah melanggar perintah tetap dan perlembagaan negeri.

Teng yang juga pengerusi Selcat pada sidang media hari ini berkata, penubuhan jawatankuasa itu tidak menyalahi mana-mana peruntukan sama ada dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun bidang kuasa negeri.       

"Alasan mahkamah ialah, dalam jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan tidak dinyatakan pihak negeri ada kuasa untuk membuat undang-undang itu tetapi pada masa yang sama juga tidak ada dalam senarai bidang kuasa persekutuan yang mengatakan bahawa negeri tidak ada kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa."

"Maka dengan itu di bawah yang kita panggil kuasa yang tidak termaktub seperti tidak ada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk Dewan Negeri buat undang-undang tersebut," jelasnya lagi.

Selcat dianggotai oleh Teng Chang Khim dan enam ahli jawatankuasanya; Haniza Mohamed Talha, Mohamed Azmin Ali, Saari Sungib, Edward Lee Poh Lin, Sulaiman Abdul Razak dan Ismail Sani.

0 Komen pengunjong :