Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kebakaran terbaru burukkan lagi krisis nuklear Jepun

azlan

Kebakaran terbaru meletus di loji nuklear Jepun awal hari in sekali gus memburukkan lagi krisis berkenaan.

Kebakaran di reaktor nombor empat di loji No 1 Fukushima dilaporkan berlaku dengan sendiri, kata agensi keselamatan atom negara berkenaan.

"Kami terima maklumat dari TEPCO (operator loji Tokyo Electric Power Co) bahawa kebakaran dan asap boleh dilihat dan ia berlaku secara sendiri," kata jurucakap, Minoru Ogoda kepada AFP.

Seorang pekerja terdahulu melaporkan asap merebak keluar dari tingkat empat bangunan reaktor berkenaan, kata jurucakap TEPCO.

Tidak dapat dipastikan tempoh masa kebakaran itu berlaku tetapi ia berjaya dipadamkan 30 minit selepas dikesan.

Tiada laporan mengenai kecederaan dan kesan kerosakan belum dapat disahkan.

Pembelian panik iodin

Sementara itu, Reuters melaporkan kebimbangan terhadap penyebaran kesan radiasi akibat krisis reaktor nuklear Jepun menyebabkan pengguna panik membeli ubat penawar di merata tempat di pantai barat Amerika Syarikat dan Kanada.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan berkata, kebimbangan itu tidak diperlukan ketika ini dan memberi amaran bahawa orang ramai akan mendedahkan diri kepada masalah perubatan lain kerana mengambil iodin potasium yang diharap dapat melindungi mereka daripada kanser.

Kekeliruan bertambah apabila beberapa pegawai kanan persekutuan Amerika Syarikat memberikan pandangan berbeza.

Setiausaha Tenaga, Steven Chu, berkata beliau merasakan tidak perlu membeli ubat penawar itu tetapi menambah "ini adalah negara bebas".

0 Komen pengunjong :