Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN tanam pemikiran kuno untuk kekal kuasa

PARIT BUNTAR, 17 Mac: BN selama ini memainkan sentimen menakutkan rakyat bagi mengekalkan kuasa di mana isu yang sering dipahat dalam ingatan rakyat ialah kononnya tanpa BN di Malaysia rakyat akan susah.
"Inilah pemikiran kuno dan sesat yang sering ditanam kepada rakyat demi untuk kekal berkuasa," kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, rakyat sering diingatkan oleh pemimpin BN supaya jangan ada rasa untuk menukar kerajaan.
Ini, katanya bagi merasai bagaimanakah jika Malaysia ditadbir oleh kerajaan selain BN, ia semakin menjadi-jadi apabila pilihan raya semakin hampir.
Katanya, kebimbangan BN semakin memuncak bila hampir dengan PRU dan mereka sanggup melalukan apa saja untuk menipu rakyat supaya terus menyokong BN.
"Sebenarnya Malaysia lebih selamat andai ditadbir oleh Pakatan Rakyat, perkara ini disokong dengan fakta kukuh di mana 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan sekarang mendahului negeri BN dalam banyak hal dan isu," katanya yang juga Adun Titi Serong.
Baginya, rakyat sudah matang berpolitik dan dapat menilai apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan kepada rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Selain itu, beliau juga mengesahkan bahawa selama 11 bulan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak merupakan suatu perkara yang akan dikembalikan oleh rakyat.
“Dan kita akan kembali diberi mandat oleh rakyat Perak sebagai kerajaan,” katanya.
Khalil juga optomis bahawa semua kebaikan yang dilakukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat diketahui oleh pengundi di negeri lain walaupun media BN cuba menutup dan memutar belit fakta yang sebenar.
"Kerana itu media alternatif sangat ditakuti oleh pemimpin BN kerana ianya menjadi pilihan utama setelah media pro BN nampaknya sangat  tidak adil dalam menyiarkan berita," katanya.
Oleh  kerana itu, katanya Pakatan Rakyat berjanji untuk mengambil berat soal kebajikan rakyat dari segala aspek tanpa mengira agama dan bangsa.
"Kerana itu tawaran Pakatan seperti yang tercatat pada Buku Jingga program 100 hari Pakatan Rakyat adalah bukti yang jelas dari kami," ujarnya lagi.
Justeru, beliau menyeru rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan memenangkan calon-calon daripada PAS, DAP dan PKR dalam PRU ke 13 nanti.

0 Komen pengunjong :