Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Terbit 'Selangor Terkini' Tindakan Terdesak




SHAH ALAM 15 FEB: Musuh politik Pakatan Rakyat Selangor dilihat semakin terdesak apabila bertindak menciplak akhbar keluaran kerajaan negeri iaitu 'Selangor Kini' dengan versi 'Selangor Terkini'.

Akhbar 'Selangor Terkini'  yang tertera logo 1Malaysia turut menggunakan lambang kerajaan negeri bagi mengelirukan rakyat Selangor.

Akhbar tersebut didakwa melaporkan fakta- fakta yang salah berkaitan kerajaan Selangor dan diedarkan dari rumah ke rumah dan tempat awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Talha berkata akhbar 'Selangor Terkini' adalah usaha terancang musuh politik Pakatan Rakyat dalam usaha memburukkan imej mereka dimata rakyat.

“Apa yang mengejutkan seorang menteri temubual kepada wartawan akhbar palsu tersebut. Beliau telah membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar palsu tersebut, mengelirukan rakyat Selangor khususnya dan orang ramai amnya,” katanya.

Haniza berkata, tindakan menciplak akhbar "Selangor Kini' terbitan kerajaan negeri itu adalah perbuatan yang tidak bertamadun.

Jelasnya, beliau tidak menghalang mana- mana pihak untuk menyalurkan maklumat, tetapi ia haruslah berpaksi kepada fakta yang betul dan sahih. Dan paling penting, mereka harus bertanggungjawab dengan laporan mereka.

“Ini merupakan tindakan tidak beretika, ditambah menteri membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar yang haram ini. Saya tak hairan sekiranya ingin menerbitkan akhbar untuk mengutuk atau sebagainya, tapi mengapa menggunakan logo kerajaan negeri? Ini akan menimbulkan kekeliruan dan kekacauan,” ujar beliau lagi.

Dua laporan polis telah dibuat oleh Pejabat Menteri Besar pada minggu lepas dan wakil PKR Cabang Petaling Jaya Selatan pada hari ini.

0 Komen pengunjong :