KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau, Pahang Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya petang tadi.
Difahamkan wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.
Dalam Pilihanraya Umum ke-12 (2008) lalu Zaharuddin yang mewakili BN menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.
0 Komen pengunjong :