Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS: Tun Mahathir agak kelakar

pas muktamar 130610 idris ahmadPAS menganggap kenyataan Dr Mahathir Mohamad - bahawa tujuan hidup Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya - adalah sesuatu yang kelakar kerana tiada parti politik yang enggan mendapat kejayaan itu.

"Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.

Dalam satu kenyataan petang ini, Idris mendakwa sepanjang Dr Mahathir memimpin Umno, beliau juga bermati-matian "melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi" kerana hendak menang pilihan raya.

"Memang PAS hendak menang pilihanr aya, supaya Islam dihayati. Bukan dapat kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan.

"Perjuangan PAS berbeza dengan umno. Umno menjadikan Islam sebagai alat, bukan matlamat," dakwa Idris lagi.

Beliau juga berkata, sepanjang mengadakan kerjasama politi dengan parti berlainan idealogi dalam Pakatan Rakyat, tiada sebarang kerugian terhadap parti dan Islam di negara itu.

0 Komen pengunjong :