Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh dijangka terus menyoal balas ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng berhubung borang perubatan pro-forma.
Borang pro-forma itu adalah soalan lazim yang digunakan semasa pemeriksaan penderaan seksual.
Dalam kes ini, ia membabitkan pengadu kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga merupakan bekas pembantu ketua pembangkang itu.
Pada sesi mahkamah yang lalu, Siew hanya mengemukakan borang pro-forma yang kosong untuk rujukan pihak pembelaan.
Doktor itu juga enggan merujuk kepada nota-nota perubatannya ketika disoal balas oleh pihak pembelaan.

Beliau bagaimanapun sering-kali merujuk nota berkenaan ketika mahkamah berhenti rehat.
Susulan itu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Siew supaya menyerahkan nota itu kepada pihak pembelaan.
Turut hadir dalam perbicaraan hari ini ialah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian perwakilan asing di negara ini termasuk daripada Finland.
0 Komen pengunjong :