Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kejayaan Rakyat Mesir, Hosni Mubarak Letak Jawatan.



Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.

Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).

Sebelum itu, para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan.

"Mengambil kira segala kesukaran yang sedang dihadapi oleh negara kita, Presiden Mohammed Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negara dan menyerahkan tugas untuk mentadbir kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir," kata Suleiman di dalam pengumumannya itu.

Sejurus sebelum pengumuman itu dibuat, Hosni yang kini berusia 82 tahun telah meninggalkan ibu negara untuk berada di Sharm el-Sheikh berhampiran Laut Merah iaitu tempat istirehat presiden untuk sekian lama.

Sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni tersebar luas, kedengaran pekikan "Allahu Akbar" dan sorakan kejayaan beribu-ribu penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan utama. Ada yang membakar mercun dan bunga api tanda gembira.

Di Medan Tahrir, ada di antara penunjuk perasaan yang pengsan seolah-olah tidak mempercayai apa yang mereka dengar dan tidak sangka gerakan massa yang mereka anjurkan membawa kepada kejatuhan seorang presiden yang telah berada di tampuk kekuasaan selama 30 tahun.

Warga Mesir telah menganjurkan tunjuk perasaan sejak dua minggu berturut-turut tanpa putus.

Dua hari yang lalu, Hosni Mubarak masih ingin bertahan di kerusi presiden walaupun dia membuat pengumuman bahawa kuasa mentadbir telah diturunkan kepada naibnya. Namun begitu pengumuman tersebut masih tidak meredakan rakyat Mesir yang terus menerus mengadakan demo menuntut perletakkan jawatannya dengan segera.

0 Komen pengunjong :