Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar Persoal Kritikan Najib Ke Atas Yusuf Qardawi Dan Ikhwanul Muslimin






Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berprasangka buruk terhadap ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al Qardawi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin yang disokongnya di Mesir.
Anwar merujuk kepada laporan National Review yang memetik Najib sebagai menggesa  Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dengan keganasan.
Najib dalam satu wawancara di Istanbul, Turki berkata, Ikhwanul Muslimin tidak harus dianggap penyumbang dalam proses menjayakan demokrasi di negara itu selagi tidak menolak keganasan.
" Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?, " kata Anwar.
"Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan," tambah Anwar dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Najib dalam wawancara itu berkata,  Ikhwanul Muslimin tidak harus dianggap bersama-sama dalam proses menjayakan demokrasi di negara ini selagi tidak menolak keganasan.

"(Ikhwanul Muslimin) tidak harus menjadi sebahagian daripada proses selama mereka tidak menolak kekerasan dan ekstremisme," kata Najib.
Malah Najib juga dipetik sebagai berkata, wujud kebimbangan terhadap penyokong Ikhwanul Muslim, Yusuf Al-Qardawi.
Menurut Najib, ulama itu seolah-olah menyokong kepada keganasan dan menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin Islam di Bumi Timur Tengah sesat.
Menurut Anwar, kenyataan Najib itu membuka pekung kecurigaan Najib kepada ulama tersohor dan gerakan Islam seluruh dunia.
"Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?  Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap beliau, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut," tegas Anwar.

0 Komen pengunjong :