Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Utusan Digesa Tarik Tuduhan Terhadap Hata



GEORGE TOWN 20 JAN: Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) dan Persatuan Wartawan-wartawan Seberang Prai menyeru Utusan Malaysia supaya menarik balik tuduhan terhadap Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dan membatalkan tindakan penggantungan kerja dengan serta-merta.

"Organisasi media tidak patut menafikan hak wartawan untuk menyertai kesatuan, mahupun menggantungkan kerjanya tanpa alasan munasabah.  Jika tidak, ini akan jadi contoh yang terburuk bagi media yang sepatutnya berperanan sebagai the fourth estate," kata Pengerusi Pewaju Ong Ghee Tien.

Kedua-dua organisasi media ini amat runsing terhadap nasib Hata yang semata-mata bersuara tentang isu profesionalisme wartawan dan kebebasan akhbar, namun diambil tindakan disiplin oleh Utusan Malaysia atas sebab memburukkan imej majikan.

Dengan penangguhan sesi prosiding, Hata seolah-olahnya dijatuhkan hukuman sebelum dibuktikan bersalah.

"Kami berpandangan bahawa, tindakan yang diambil terhadap Hata merupakan penindasan hak asasi manusia dan wartawan, dan pasti mengancam kebebasan akhbar di negara ini," kata kenyataan itu lagi.

Lagipun, NUJ merupakan sebuah kesatuan yang mewakili seluruh warga pemberita dalam membela kebajikan dan hak mereka.  Sebarang tindakan untuk menyekat kesatuan dan laungan bagi mempertahankan keprofesionalan, seumpama musuh umum kepada wartawan dan pembaca seluruh negara.

Pandangan dan kritikan terbuka Hata sebenarnya menyentuh tentang isu kebebasan dan kualiti akhbar.  Walaupun beliau telah melempar kritikan terhadap pihak parti pemerintah dan pembangkang, tapi semua ini adalah di atas pendirian membela kebebasan akhbar dan kepentingan ahli kesatuan, termasuk mempertahankan media yang dilarang membuat liputan oleh kerajaan BN, mahupun Pakatan.

"Kami ingin menyeru sesiapa yang menyokong kebebasan akhbar untuk menyokong Hata dan juga segala kempen yang bakal dilancarkan oleh NUJ,"katanya.

Selain itu, kami juga memberi perhatian kepada pemecatan Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad  yang sekarang kesnya dirujuk ke Makhamah Perusahaan. 

Akhir sekali, kami menyeru agar wartawan dari organisasi media (termasuk media online) yang tidak berkesatuan menubuhkan kesatuan masing-masing, untuk membela nasib dan kebajikan wartawan.

0 Komen pengunjong :