Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Usaha tukar suami kerana gagal 'kawal isteri'

tenang by election pas announce candidate 160111 normala sudirman with husbandKementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".

Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.

"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.

Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

"(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.

Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.

-/alaysiakini

0 Komen pengunjong :