Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS dakwa Dr. Mahathir lupa sejarah

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Semalam, Dr Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji.

Katanya, PAS dahulu mendakwa tidak boleh meletakkan calon wanita tetapi sekarang boleh.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, pemilihan calon wanita mewakili PAS menunjukkan parti itu dan Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan wanita khususnya untuk menguruskan rakyat.

Jelasnya lagi, Dr. Mahathir juga diminta melihat amalan kerajaan PAS negeri Kelantan dan Kedah apabila memperuntukkan kerusi exco untuk wanita.

Mengulas pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS bagi PRK Tenang 30 Januari ini, Mahfuz berkata beliau yakin Normala mampu membawa visi baru untuk golongan wanita, khususnya wanita muda.

Normala, 38, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Labis akan dicabar calon Umno, Mohd Azhar Ibrahim.

“Beliau (Normala) seorang wanita muda yang berani, yang sanggup untuk meletakkan jawatan dalam perkhidmatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Mahfuz.

-/ Harakahdaily

0 Komen pengunjong :