Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Beri Peluang Kepada Rakyat Menilai

IMG_4639Keengganan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk menyahut seruan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan atau debat terbuka mengenai janji reformasi 100 hari Pakatan Rakyat seperti yang dikemukakan dalam Buku Jingga amatlah mendukacitakan kita.
Tujuan perbincangan terbuka ini adalah untuk memberi peluang kepada kedua-dua pihak - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat – menjelaskan kepada rakyat sama ada benar janji 100 hari ini boleh menjerumuskan negara yang kita cintai ini menjadi muflis seperti Greece dalam masa dua tahun seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Najib? Malah, pelan 100 hari ini telah dibidas sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.
Disebabkan kenyataan ini merupakan suatu tuduhan yang serius, sedangkan Pakatan Rakyat berkeyakinan tinggi bahawa dasar ini benar-benar akan dapat dilaksanakan, maka kedua-dua pihak bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat untuk menjelaskan kekeliruan.
Dalam kesungguhan kita bekerja keras mencari jalan keluar kepada kemelut ekonomi negara yang amat meruncing kini demi menyelamatkan rakyat dari tekanan hidup yang berterusan, maka inilah peluang terbaik untuk kedua-dua pihak bersemuka secara terbuka dan membincangkannya secara serius.
Bilakah masanya lagi rakyat negara ini mahu diberikan kesempatan menerima maklumat secara terbuka serta berpeluang menilai dan membuat keputusan sendiri berasaskan kematangan mereka sendiri? Bilakan masanya lagi martabat rakyat negara ini dapat diangkat setaraf dengan negara-negara lain yang telah jauh ke hadapan dalam menilai ketrampilan kepimpinan tokoh-tokoh tertinggi politik negara mereka?
Keengganan Perdana Menteri untuk bersemuka terbuka dengan DSAI dalam membincang isu ini merupakan satu penghinaan kepada kematangan rakyat Malaysia seluruhnya. Beliau juga, memang dengan sengaja bertujuan membiarkan rakyat negara ini terus dalam kekeliruan dan kegelapan maklumat agar dengan ini agenda menguasai negara dan meneruskan segala amalan bobrok selama ini dapat diteruskan.
Justeru, dengan ini kita menyeru agar Datuk Seri Najib tidaklah perlu terus mengemukakan pelbagai helah dan alasan ataupun mengutus pihak lain yang tidak berkenaan sebagai ganti.
Kita menuntut beliau segera menerima seruan DSAI agar diadakan perbincangan atau debat terbuka seperti yang dicadangkan. Hanya dengan cara ini rakyat Malaysia dapat dimartabatkan ke arah masa depan negara yang lebih cerah di masa hadapan.

*/ Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat

0 Komen pengunjong :