Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR terkejut 'konspirasi' S'pura terhadap Anwar

btn forum 241209 nik nazmiDalam reaksinya terhadap pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendedahan hanya memperlihatkan bahawa konspirasi terhadap ketua pembangkang itu berasal dari peringkat tertinggi.

Nik Nazmi, yang juga ADUN Seri Setia berkata, apa yang "lebih mengejutkan" ialah kepimpinan Singapura telah memilih untuk turut serta dalam konspirasi terhadap Anwar dengan sengaja menyebarkan maklumat palsu disinformasi kepada perisikan Australia.

"Kita mesti bertanya, mengapa badan perisikan Singapura memilih untuk berpakat dengan Cawangan Khas Malaysia dalam menyebarkan pembohongan tentang Anwar," kata beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Dengan ahli parlimen Australia sendiri dan masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan integriti pendakwaan terhadap Anwar, maka ini hanya menambahkan lagi kecurigaan mengenainya, tambah Nik Nazmi ditambah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Nazmi berharap 'technical intelligence' yang disebut dalam Wikileaks boleh didedahkan kepada awam kerana ia menjadi asas kepada dakwaan dan kesimpulan yang dibuat badan perisik Singapura.

Akhirnya, tegas beliau, kempen penganiayaan dan pencemaran terhadap Anwar tiada beza dengan yang pertama: kedua-duanya bergantung kepada penyalahgunaan proses penghakiman dan hanya bergantung kepada bukti perubatan tipis.

Ini, katanya, menunjukkan kes tersebut bermotifkan politik dan dicetuskan oleh konspirasi di peringkat tertinggi.

0 Komen pengunjong :