Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR atur Pakatan Rakyat tawan Perlis

Pakatan FlagARAU: Meskipun tarikh pilihan raya umum belum diketahui, namun PKR mula memasang angan-angan untuk menumbangkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di Perlis.
Untuk itu, PKR cabang Arau mula mengatur dialog dan majlis makan malam bersama rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO lain bagi mencari input serta formula untuk menawan negeri itu.

Ketua cabang berkenaan, Hashim Bakar berkata seramai kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli, penyokong Pakatan dan NGO akan menghadiri dialog berkenaan yang membincangkan tajuk "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis".
"Kita akan berbincang, mengambil input serta pandangan mengenai isu-isu dan strategi daripada NGO dan penyokong Pakatan dalam usaha kita menawan Perlis,” katanya.
Menurutnya, beberapa pemimpin Pakatan di peringkat pusat dan negeri serta pengamal undang-undang juga akan dijemput mengupas tajuk berkenaan.
Antara tokoh itu termasuk Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, Thomas Su (Pengerusi DAP Kedah/Perlis), Rus’sele Eizan (ketua Penerangan PAS Perlis), Sharif Shaari (Angkatan Sasterwan Perlis) dan Zulmi Sabri (peguam) dan Pengerusi Kelab
Penyokong PAS Perlis Khoo Yong Chong.

Majlis dialog
Hashim berkata cabang berkenaan akan menganjurkan dialog tersebut di Dewan Chi Yong Kor di Kangar pada 18 Disember ini, mulai jam 9 malam.
Manakala timbalan ketua cabang Arau Tengku Nazri Tengku Aldin ditugaskan untuk menjadi moderator pada majlis dialog tersebut, kata Hashim.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat hanya berjaya menguasai dua daripada 15 kerusi DUN Perlis.
Kedua-dua kerusi itu – Sanglang dan Simpang Empat – berjaya dirampas oleh PAS. Di peringkat parlimen, semua tiga kerusi – Padang Besar, Kangar dan Arau – kekal dimenangi oleh BN.
- Malaysiakini

0 Komen pengunjong :