Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib Serang Pakatan, Tepis Soal Pertahankan Syarikat Kroni




KUALA LUMPUR 5 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Konvensyen Barisan Nasional dengan menyerang Pakatan Rakyat, dalam petanda jelas beliau mahu mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat.

Beliau menyifatkan gagasan pembangkang itu sebagai jahat, anti nasional dan melemparkan pelbagai tuduhan lain dalam usaha untuk menyemarakkan semangat parti komponen Barisan Nasional yang berhimpun di Wisma MCA Kuala Lumpur.

Konvensyen itu diadakan dua hari selepas kerajaan pimpinan Umno menaikkan harga petrol untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan. Turut dinaikan harga adalah keperluan harian seperti gula, diesel dan petroleum gas cecair yang dikecam oleh rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meminta Najib menjelaskan kenapa Umno-BN tidak memotong subsidi untuk syarikat korporat besar termasuk pengeluar tenaga persendirian atau IPP yang rata-rata kroni BN, tetapi begitu bingkas memotong subsidi rakyat.

Persoalan itu ditepis oleh Najib dalam ucapannya kepada Dewan Barisan Nasional pagi ini, sebaliknya beliau sekali lagi mendakwa BN sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

"Suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah Sabah, BN menjiwai degupan sanubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita-cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia," kata Najib.

Najib yang juga Presiden Umno memberi tumpuan khusus kepada Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.

“Saya ingin memberi penjelasan bahawa mereka ini adalah anti-nasional..kita harus memastikan Negara ini tidak musnah akibat angkara jahat mereka, “ kata Najib.

Ketika Najib menyampaikan ucapannya itu, ribuan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur berhimpun di Masjid Negara membantah tindakan sebuah syarikat kroni Umno yang mahu menaikkan harga air sebanyak 37 peratus.

Ketua Pengawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail yang juga bekas Setiausaha Umno Hulu Selangor menikmati gaji lebih RM400,000 sebulan hasil daripada konsessi yang diberikan oleh kerajaan Selangor pimpinan Umno ketika itu.

Tindakan Syabas mahu menaikkan harga air itu dilindungi oleh kerajaan persekutuan pimpinan Najib, dan memaksa kerajaan negeri Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan bagi menghantar memorandum bantahan kepada Istana Negara.

Ratusan polis, bersenjatakan pistol dan meriam air berkimia mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Lembah Kelang dalam usaha untuk menghalang perhimpunan aman itu.

Mesej yang dibawa oleh Najib pada Konvensyen BN hari ini tidak menjawab kepada persoalan-persoalan asas mengenai Umno-BN yang berkisar kepada pemberian kontrak secara terus kepada syarikat kroni, rasuah dan penyelewengan kuasa yang membelenggui pemerintahan sekian lama.

0 Komen pengunjong :