Menteri Terpalit Dengan Dakwaan Rogol Pembantu Rumah




KUALA LUMPUR 29 DIS: Dunia siber Malaysia rancak dengan desas desus seorang menteri kanan kabinet Datuk Seri Najib Razak dikatakan merogol pembantu rumah warga Indonesianya pada tahun 2007 tetapi kes itu di"tutup" oleh Perdana Menteri  ketika itu Tun Abullah Ahmad Badawi.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Migrant Care dilaporkan menemuramah pembantu rumah itu tidak lama selepas mangsa dihantar pulang ke Indonesia pada tahun yang sama.

Dalam laporan yang dihantar ke Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Indonesia serta kepada Abdullah ketika itu, Migrant Care mengesahkan pembantu rumah itu mengaku dirogol oleh menteri berkenaan pada tahun 2007.

Isnin lalu, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, bersabit kes itu.

Migrant Care menyatakan bahawa mangsa dan suaminya meminta supaya tidak menghebahkan kejadian itu kerana takutkan pengaruh menteri berkenaan.

Mangsa dikatakan menetap di sebuah kampung di Banjar Negara, Jawa Tengah.

Kes yang "sejuk" sekian lama kini kembali "panas' apabila Wikileaks mendedahkan laporan yang dihantar oleh Migrant Care itu beberapa hari lalu.

Sejak itu hampir setiap laman dan portal berita menyiarkan laporan pertubukan bukan kerajaan itu.

Setakat ini pendedahan wikileaks itu belum diberi ruang oleh media arus perdana.

Menteri yang dituduh melakukan jenayah itu, Perdana Menteri Najib Razak dan Tun Abdullah Badawi belum menjawab dakwaan pembantu rumah berkenaan mahupun hasil siasatan Migrant Care.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mencabar Menteri Kabinet Umno- Barisan Nasional yang terpalit dalam skandal merogol pembantu rumahnya supaya tampil memberi penjelasan sebenar berhubung perkara itu.

Menurut Shamsul, dakwaan rogol itu amat serius selain melibatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.

Justeru beliau meminta pihak polis serius dan peka dengan perkara ini.

"Saya ingin cabar menteri tersebut beri penjelasan samada beliau terlibat dalam perkara ini ataupun tidak," kata beliau ketika dihubungi TV Selangor.
Tambah Shamsul, kerajaan Umno-BN yang selalu menyatakan Menterinya bersih juga perlu terbuka untuk menyiasat hal sedemikian.

"Oleh itu saya mintak kerajaan ambil perkara ini dengan tegas oleh kerana ini membabitkan reputasi dan maruah seorang menteri.

"Dalam keadaan BN kata ambil menteri yang bersih saya rasa tak ada alasan seseorang menteri tidak diambil tindakan apatah lagi dalam kes yang berat seperti ini," kata beliau.

-/ TVSelangor

0 Komen pengunjong :