Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Media Arus Perdana Digesa Bersikap Adil


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa  media arus perdana supaya bersikap adil dan tidak memulau pendedahan-pendedahan oleh Pakatan Rakyat mengenai rasuah dan penyelewengan kuasa di negara ini.   
Anwar berkata bukti-bukti bahawa pemimpin Umno menyeleweng  atas nama Ketuanan Melayu tidak dilaporkan oleh media kawalan Umno. Sebalik tuduhan-tuduhan Umno kononnya pembangkang mengkhianati orang Melayu diberi ruang yang luas walaupun fitnah semata-mata.
'Kemudian dia ada kita khianat Melayu bila kita jawab serah kontrak, komisen berjuta-juta tak disiarkan. Jadi ini satu sikap pemimpin yang tak ada kewibawaan bercakap benar dan mengadakan wacana bebas. Dia terus menerus dengan fitnah menggunakan media. Kita jawab tak siar. Sekarang. Siapa yang gadai tanah negara? Siapa yang gadai bukit bukau? berapa puluh kali kita jawab tak disiarkan,"
Khamis lalu Anwar di Dewan Rakyat mendedahkan bagaimana seorang pemimpin Umno dari Perak mendapat kontrak bernilai dua billion ringgit menerusi tender-tender tanpa rundingan Kementnerian Pertahanan sejak tahun 2008.
Kontrak diberikan menerusi beberapa syarikat yang didaftarkan atas nama beliau.
Bagaimanapun visual atau laporan mengenai pendedahan ini  tidak disiarkan oleh mana-mana media arus perdana  termasuk RTM, TV3 dan utusan malaysia.
Sementara itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata media harus memainkan peranan untuk menyuburkan demokrasi di negara ini.
Antara lain media perlu menggesa keperluan pemerintah menetapkan tarikh pilihanraya lebih awal sesuai dengan amalan nmegara-negara lain.  
"Boleh ke tidak media mainkan peranan agar negara ini jadi macam negara lain. Setahun sebelum dah tau pilihan rakyat. Ini selalu ramalan 2-3 minggu baru tahu tarikh dia. Inikah dia demokrasi sebenar.Selalu dibuat dengan cara dia selesa, itu bukan demokrasi," katanya.

0 Komen pengunjong :