Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahfuz: Umno-BN Gagal Martabat Bahasa Melayu



KUALA LUMPUR 2 DIS: Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu menyebabkan kita tidak diiktiraf dan dihormati setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, masyarakat kita masih lagi meraba-raba dan merangkak-rangkak dalam kegelapan untuk mencari titik permulaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Selepas 53 tahun negara merdeka, kedudukan bahasa Melayu sepatutnya sudah setanding dengan bahasa-bahasa yang lain di dunia dan seharusnya diiktirafkan sebagai bahasa ilmu.

"Apabila ada tekanan daripada pecinta bahasa barulah kerajaan ada terpanggil untuk membuat perbincangan dan sebagainya tetapi pada satu ketika, pemimpin Umno pula mengakui bahawa bahasa Melayu membawa kemunduran kepada bangsa kita dengan alasan kononnya lambat menerokai menerokai teknologi baru.

"Satu ketika dahulu selepas merdeka kita hendak jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa merdeka, kemudiannya kita berpatah balik dan menjadikan pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Ini ujar Mahfuz, menyebabkan masyarakat secara umumnya menjadi bercelaru, ditambah dengan tindakan Menteri Pelajaran yang baru pula berkata kedua-dua subjek tersebut akan diajar semula menggunakan bahasa Melayu.

"Kerajaan tidak ada fokus dengan sepenuhnya, dengan satu kejujuran untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dihormati dalam konteks ilmu.

"Hakikatnya, setelah 53 tahun merdeka, Umno melacurkan Melayu dalam semua aspek untuk mempertahankan kedudukan mereka semata-mata.

"Martabat Melayu akan terserlah kalau kita berjaya mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu," ujar Mahfuz di lobi Parlimen hari ini.

0 Komen pengunjong :