Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keciciran Anak Melayu Tinggi



KUALA LUMPUR 2 DIS: Pendedahan keciciran anak Melayu oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal meneruskan pembelajaran ke sekolah menunjukkan kerajaan Umno-Barisan Nasional hanya mementingkan pembangunan fizikal seperti pembinaan sekolah semata-mata.

Apa yang lebih mengejutkan kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul adalah Malaysia ketinggalan berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain dengan nisbah 10 kanak-kanak, empat daripadanya tidak melanjutkan pembelajaran ke sekolah menengah.

"Satu jumlah besar anak-anak yang tidak melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan untuk mendapatkan pelajaran yang tinggi daripada itu sedangkan jumlah kewangan yang kita belanjakan untuk membina sekolah pula sangat besar," katanya kepada Tv Selangor.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya melihat jumlah keciciran secara serius. Di samping itu juga, apa yang kita mahu lihat adalah dari kualiti, apa yang di bawa keluar selepas habis belajar tidak menunjukkan ia boleh membantu masyarakat untuk dilonjakkan ke satu tahap yang lebih baik.

"Apa yang kita inginkan adalah pelajar-pelajar yang kritikal di mana universiti memberikan peluang berfikir tanpa sekatan tanpa terikat dengan mana-mana fahaman.

"Mereka boleh berbincang dan berbahas dan terpulang kepada fahaman dan kepercayaan masing-masing yang akhirnya memberikan peluang melalui ruang yang ada untuk melatih mereka dari segi mental dan akademik," ujar beliau.

Tambah Johari, ia bukan hanya sekadar membelanjakan duit dengan banyak tetapi dibandingkan dengan pencapaian, hasilnya agak mengecewakan.

0 Komen pengunjong :