Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ketuanan Rakyat lebih demokratik, kata MB Selangor

SHAH ALAM, 2 Dis – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan konsep “Ketuanan Rakyat” dengan menyifatkan ungkapan itu lebih mencerminkan prinsip demokratik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini berkata “Ketuanan Rakyat” yang diperjuangkan pemimpin PKR tidak membenarkan kuasa mutlak rakyat untuk memilih pemimpin kerajaan sambil mengingatkan mereka bahawa orang Melayu masih menjadi pemerintah tertinggi di Malaysia dalam sistem Perlembagaan.
“Ketuanan Rakyat adalah satu proses demokratik,” kata Khalid (gambar) yang juga pemimpin PKR.
“Perlembagaan pula melindungi hak-hak dan kuasa-kuasa pemerintahan beraja, tetapi dalam proses pentadbiran rakyat masih menentukan kepimpinan (negara),” tambah beliau.
Khalid bagaimanapun kebimbangan itu boleh diatasi dengan mengatakan: “Kita boleh ada ‘Ketuanan Raja. Itu terdapat di sana (dalam Perlembagaan).
Beliau turut mengatakan bahawa konsep “Ketuanan Melayu” tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ketuanan Melayu tiada di sana,” kata Khalid.
Sebelum ini, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata istilah “Ketuanan Melayu” tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam Perlembagaan.
Beliau berkata, dalam aspek sejarah, hanya “Ketuanan Raja” yang termaktub dalam Perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.
Hari ini, Khalid berkata sebagai satu negara demokratik, rakyat Malaysia diberikan kuasa untuk memilih pemimpin-pemimpin kerajaan mereka.
“Ini sebabnya demokrasi memberi keutamaan untuk rakyat untuk memilih kepimpinan dan juga menguruskan negara,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa konsep “Ketuanan Melayu” dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bagi orang Melayu sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk mengetepikan konsep itu adalah satu “jenayah” kepada orang Melayu.
“Ketuanan Melayu tidak gugur daripada langit... ia adalah hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan kita. Ketika Kesultanan Melayu, undang-undang (ketika itu) memperkukuhkan hak bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah ‘Tuan’ Tanah Melayu.
“Malangnya, slogan itu kini disalah faham oleh sesetengah pihak sebagai hubungan ‘Tuan dan hamba’,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendiriannya menolak konsep “Ketuanan Melayu” sambil menjelaskan, ungkapan yang menjadi polemik itu merujuk kepada amalan “tuan dan hamba” dalam masyarakat.
Anwar turut membidas kritikan sesetengah pihak terhadap pendirian partinya - PKR menolak konsep tersebut dengan mendakwa ia telah diputarbelitkan seolah-olah mereka tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.
Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.
“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.
“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai,” katanya.
Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.

0 Komen pengunjong :