Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lawyers For Liberty Namakan 10 Musuh Sistem Keadilan Negara

KUALA LUMPUR, 12 dis - Badan NGO Lawyers For Liberty menyenaraikan 10 musuh utama yang menggagalkan usaha menegakkan keadilan dan undang-undang dengan telus, adil dan saksama.
Dalam satu kenyataan medianya sempena Hari Hak Manusia Sedunia 10 Disember lalu, Lawyers for Liberty mengutarakan persoalan bagaimana rakyat di negara ini masih boleh berpura-pura seolah-lah  integriti, keadilan dan kesaksamaan masih wujud dalam institusi kehakiman, kamar peguam negara dan juga pasukan polis.
Lawyers for Liberty mempersoalkan pelbagai ketidakadilan serta tindakan pencabulan undang-undang dan kehakiman yang berterusan oleh pihak tertentu yang dilakukan bertopengkan atas alasan keselamatan dan undang-undang negara.
Menurut badan itu lagi, mereka menyenaraikan 10 individu dan badan berkaitan sebagai 10 musuh dan dalang utama   bagi memberikan gambaran secara perspektif betapa teruknya tercemar keadaan sistem keadilan dan institusi-institusi terbabit di negara ini.
Mereka yang disenaraikan adalah:
1- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein
2- Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
3- Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Ketua Polis negara terkini, Datuk Ismail Omar
4- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Datuk Mohd Bakri Zinin,
5- Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden, (Ketua Pendakwa Kes Konspirasi Kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim)
6- Ketua Hakim Negara, Tun Zaki bin Azmi, (bekas penasihat undang-undang Umno)
7- Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes konspirasi kedua Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah
8- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)
9- Saksi yang tercemar seperti DR. Siew Sheue Feng and DR. Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur dan DR. Abdul Karim Tajuddin dari Hospital Serdang yang terbabit dalam kes A.Kugan kerana bersekongkol dengan kamar peguam negara dan polis memanipulasikan bahan bukti termasuk laporan perubatan dan bedah
10- Lembaga Penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertindak sebagai 'mahkamah khas' bagi kes-kes di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ordinan kecemasan dan dadah berbahaya berkaitan ketenteraman awam dan pembasmian jenayah dan akta dadah Lembaga Penasihat bertanggungjawab menyebabkan ribuan dipenjarakan tanpa perbicaraan.
Dalam pada itu,  Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan ketika dihubungi TVselangor berpendapat, sistem keadilan di Malaysia semakin terhakis disebabkan oleh individu-individu yang berkepentingan.
Beliau menegaskan hanya dengan melakukan perubahan didalam sistem pemerintahan sahaja melaksanakan keadilan yang saksama di dalam semua bidang.
"Sepertiyang dinyatakan oleh LFL,  memang terlalu banyak musuh terutama pemimpin politik Umno-Bn. kerana mereka salah guna kuasa kerana itu bukan mudah untuk menegakkan keadikan di bawah sistem sekarang... memang sukar untuk menuntut keadilan. dan semua reformasi perubahan bermula dari perubahan politik," katanya kepada TVselangor, petang tadi.
Jelasnya lagi perubahan politik juga mampu membawa perubahan terutama bidang kehakiman negara yang semakin tercemar.
"kalau kita dapat mengadakan perubahan pemerintahan, maksudnya kalau kuasa boleh diambil alih kita boleh membawa perubahan politik dan dapat buat perubahan  lain-lain bidang termasuk bidang kehakiman,"tambahnya lagi

0 Komen pengunjong :