Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kemaman, Kuantan dilanda banjir lagi

Gelombang kedua banjir musim tengkujuh melanda daerah Kemaman apabila 63 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Teladas, Air Putih dipindahkan ke pusat pemindahan semalam.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman Ghazali Awang berkata mangsa-mangsa berkenaan berpindah ke balai raya Kampung Teladas kira-kira 7 petang setelah air melimpahi kawasan rumah mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan telah kembali pulih dan ramai di antara mangsa dibenarkan pulang kira-kira 9 pagi ini, katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata hanya tiga keluarga mengandungi seramai 10 orang yang berada di pusat pemindahan kerana kawasan rumah mereka masih ditenggelami air.

Ghazali berkata semalam jambatan Kampung Teladas yang menghubungkan Kampung Air Putih terputus hubungan apabila ditenggelami air berikutan hujan di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun, beliau berkata perhubungan antara kedua-dua buah kampung itu kembali pulih berikutan air telah surut dan berada kira-kira tiga kaki di bawah jambatan pagi ini.
Waspada cuaca mendung, hujan berlarutan

Namun begitu, Ghazali menasihatkan terutamanya penduduk-penduduk yang tinggal di tebing Sungai Air Putih supaya berwaspada memandangkan keadaan cuaca mendung dan hujan yang berlarutan.

Beliau berkata banjir gelombang pertama di daerah Kemaman berlaku di kawasan Kijal dan Kemasih awal bulan ini melibatkan lebih 1,000 mangsa berpindah.
Sementara itu di Kuantan, seramai 95 mangsa banjir kini berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Darat di kawasan itu.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah itu bertambah berbanding 64 orang yang ditempatkan di pusat itu selepas kediaman mereka dinaiki air semalam.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain daerah-daerah lain di negeri ini masih belum terjejas," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.
Katanya setakat 10 pagi tadi, jalan di Km 18 Jalan Gebeng-Kuantan
turut ditenggelami air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

- Bernama

0 Komen pengunjong :