Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kaji serangan BN jika Pakatan mahu pilihan raya asing

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Cadangan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berasingan bagi negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memerlukan kajian mendalam sebelum ia diguna pakai, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sejak menerajui Kelantan sejak 1990, Menteri Besar ini biasanya akan membubarkan DUN seiring dengan pembubaran Parlimen oleh Barisan Nasional (BN), agar kedua-dua pilihan raya diadakan serentak.
Tradisi itu diteruskan ketika pada 2004 ketika Terengganu diterajui PAS.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sama ada pilihan raya DUN wajar dilaksanakan berasingan atau sebaliknya, keputusan itu perlu dikaji terlebih dahulu khususnya terhadap kesan yang bakal dihadapi oleh kerajaan berkenaan sekiranya ia dilaksanakan.
Dipetik Harakahdaily yang menemui beliau di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini semalam, Nik Aziz mengulas kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik berkata kerajaan negeri dikuasai perikatan tiga parti itu mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya Dun berasingan jika kerajaan BN mengadakan pilihan raya umum tahun hadapan.
Katanya, kuasa membubarkan DUN adalah hak milik kerajaan negeri dan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak mengadakan pilihan raya negeri.
Nik Aziz menambah sekiranya cara berkenaan dilaksanakan, ia akan memudahkan pelbagai jentera Umno dan BN menyerang negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
“Jadi saya rasa cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan,” ujarnya.
Pakatan Rakyat kini menerajui Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Laporan pertengan tahun ini menyebut kemungkinan Kedah, Pulau Pinang dan Selangor akan mengadakan pilihan raya DUN yang berasingan iaitu selepas tahun keempat mandat semasa.
Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013, tetapi spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan suku pertama tahun depan.
Laporan Bernama semalam menyebut, Nik Aziz kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang.
Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.
Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas  terjatuh dari kuda.
Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

0 Komen pengunjong :