Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jangan tuduh pengkhianat, siasat dulu dakwaan Felda bankrap



KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menyiasat terlebih dahulu dakwaan yang dibuat terhadap Felda sebelum menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selepas dakwaan Felda bankrap akibat penyelewengan yang berlaku, tiada sebarang siasatan dilakukan terutamanya dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Adakah mereka mereka telah melakukan penyiasatan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat selama ini?
“Saya tidak nampak SPRM menyiasat semua dakwaan yang dibuat di Parlimen dan media alternatif," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduh demikian sedangkan tiada penyiasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang cukup besar itu.
"Adalah sesuatu yang pelik apabila dia (Najib) menuduh orang lain yang cuba membangkitkan isu Felda ini sebagai pengkhianat. Sepatutnya mereka harus melakukan satu penyiasatan. Ini soal penyelewengan yang sangat besar," katanya.
Menyentuh mengenai dua kes saman terhadap akhbar alternatif yang dimenangi Felda, beliau berkata, ianya tidak membuktikan dakwaan terhadap Felda itu salah selagi siasatan tidak dilakukan.
"Kerajaan hanya menang saman terhadap akhbar tapi adakah siasatan dilakukan? Segala artikel akhbar berkenaan mengneai Felda memerlukan satu siasatan. Tidak guna mennag saman tapi tiada siasatan dilakukan," tegasnya.
Sementara itu, bercakap mengenai isu sama dalam sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dakwaan najib bahawa Felda mempunyai pendapatan sebanyak RM4.3 bilion tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ianya bersifat subjektif.
"Nilai aset ini subjektif, cuma atas buku. Mungkin dia tulis RM4 bilion tapi bila nak dijual mungkin orang nak beli RM2 bilion sahaja," katanya.
Beliau juga mempertikaikan kenyataan Najib yang sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak tertentu sebagia pengkhianat.
“Penggunaan istilah pengkhianat digunakan dengan mudah oleh Umno BN kerana dia nak naikkan semangat Melayu dan patriotisme. Kalau nak kata orang yang kata Felda bankrap sebagai pengkhianat, apa pendirian dia terhadap Idris Jala yang kata negara akan bankrap? Itu bukan sekadar Felda tapi satu negara," katanya.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula berkata, tugas utama Felda ialah memastikan nasib peneroka dan generasi mereka terbela, bukan membuat pelaburan korporat.
Pertama kali semalam kita dengar dia sebut Felda ada saham dalam korporatlah dan sebagainya. Adakah ini kerja Felda melabur dalam saham?Ini benda baru. Yang kita pentingkan kedudukan peneroka dan anak-anak mereka serta kehidupan mereka," katanya.
Najib ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya semalam menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.
Jun lalu, sebuah akhbar alternatif dikenakan tindakan undang-undang kerana mengeluarkan artikel 'Felda Bankrap'.

0 Komen pengunjong :