Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gantung Anwar tidak adil

KUALA TERENGGANU – Penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan dilihat sebagai satu tindakan tidak adil dan berat sebelah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa berkata, hukuman dijatuhkan hanya setelah mendengar daripada sebelah pihak dan isu ini tidak dikaji serta disiasat terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Menurutnya, bagaimana hanya melalui satu surat yang diberi, boleh menyelesaikan segala masalah dan isu yang sedang diperkatakan, serta mengapa hanya menumpukan kepada surat dari APCO semata-mata untuk mengadili ketua pembangkang itu.

“Persoalan timbul mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberi kesempa-tan untuk dibicarakan dengan adil bagi membela diri dan mengemukakan bukti terhadap kenyataannya yang mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan kempen One Israel.

“Bagaimana pula dengan persamaan isu Rakyat Didahulukan dalam konsep 1 Malaysia dengan People First dalam kempen One Israel. Kedua-duanya jelas menunjukkan persamaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Fariz berkata, perjanjian antara kerajaan Malaysia dan APCO memberi gambaran jelas yang membuktikan bahawa APCO menipu dan menafikan kerjasama yang telah dibuat selama ini.

“Ternyata apa yang dilakukan APCO hanya propaganda untuk menutup kerjasama itu. Rakyat hari ini sudah dapat menilai adakah sesuatu tindakan yang diambil itu adil atau tidak jika hanya berpaksikan kenyataan APCO semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Anwar dalam satu kenyataannya mendakwa mengaitkan persamaan antara konsep 1 Malaysia dan kempen 1 Israel manakala APCO Worlwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea itu.

Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut, dan setelah berbincang keputusan yang diambil adalah menggantung beliau daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Selain Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut digantung adalah, DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh; PKR Gombak, Azmin Ali dan PKR Subang, R Sivarasa.

0 Komen pengunjong :