Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Antara realiti Pakatan dan janji Umno-BN

Zuraida Kamaruddin
PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan segelintir pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) yang membidas program 100 hari kerajaan Pakatan sebagai ‘amat terdesak’.
Zuraida yang turut membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, berkata tindakan itu membuktikan Buku Jingga Pakatan telah menakutkan pemimpin tertinggi Umno-BN.
Beliau turut mempersoalkan ‘janji-janji’ kerajaan Umno-BN yang mentadbir negara 53 tahun, malah katanya tindakan terdesak itu untuk menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.

Melalui kenyataan medianya hari ini, Zuraida berkata ‘janji-janji’ Umno-BN seperti di Sibu, Batu Sapi dan Hulu Selangor masih belum tertunai.
"Mengapa perlu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bersungguh-sungguh membidas andai selama ini pentadbiran Umno-BN cukup cemerlang seperti yang dicanang? Inilah bukti bahawa Buku Jingga telah menggugat Umno-BN, menakutkan PM dan menggentarkan TPM.
"Andai PM kata Program 100 hari Pakatan tidak berpaksi realiti, inilah realiti apabila semakin banyak janji Umno-BN yang bertimbun.
Kenaikan harga barang: PM berdusta
"Janji sewaktu Bajet 2010 agar tiada kenaikan harga barang, nampaknya didustai PM sendiri. Janji Projek Terminal Puduraya juga sudah menjadi janji Gajah Putih akhirnya. Janji Jambatan Labuan sehingga ke hari ini dilupakan.
"Inilah bukti, konsep 1Malaysia – Keuntungan Syabas, PLUS dan UDA Mall diutamakan, Rakyat dipinggirkan," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.
Kata Zuraida, sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat telah dibuktikan bahawa mereka telah melaksanakan agenda merakyatkan ekonomi dengan jayanya.
Semalam Najib dilaporkan berkata pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat, tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka.
Bagaimanapun, Perdana Menteri enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. "Lain kalilah sebab kita akan beri respons yang terperinci," katanya.


-/FMT

0 Komen pengunjong :