Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Separuh Masa PM Dihabiskan Di Luar Negara




KUALA LUMPUR 22 DIS: Perdana Menteri Najib Razak telah menghabiskan hampir separuh masa beliau membuat lawatan ke luar negara sejak memegang jawatan itu bermula dari 3 April 2009 sehingga 19 November 2010 lalu.

Perkara itu dibangkitkan oleh Senator Syed Husin Ali di lobi parlimen hari ini.

Beliau menjelaskan Najib sepatutnya lebih banyak berada dalam negara menumpukan isu tempatan berbanding membelanjakan sejumlah besar wang membuat lawatan luar.

"Apa yang menarik perhatian saya, jumlah (Najib menjadi PM) adalah 588 hari. Jumlah hari beliau ke luar negara adalah 274 hari. Beliau menghabiskan lebih dari separuh masa untuk keluar negara walhal ada banyak masalah dalam negara yang memerlukan perhatian," kata Syed Husin.

Syed turut mempersoalkan sekiranya negara mendapat keuntungan hasil daripada lawatan mewah Perdana Menteri dan pegawai kerajaan ke luar negara.

Melalui jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, jumlah bagi menaja lawatan Perdana Menteri dan pegawai kerajaan adalah sebanyak RM8,724,895.91.

Dalam kenyataan itu, Nazri turut menjelaskan Perdana Menteri telah mengadakan 42 lawatan rasmi ke beberapa buah negara antaranya termasuk Vietnam, Amerika Syarikat dan Jepun dari 5 hingga 22 April tahun ini yang menelan belanja RM2,094,635.39.

Lawatan kedua Najib ke Amerika Syarikat pada 20 September hingga 9 Oktober berjumlah RM1,043,923.85.

Seterusnya, Syed Husin turut mendedahkan program 3 hari Summit First Lady yang dipengerusikan oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor pada Oktober lalu yang menelan kos RM4,498,949.99.

-/TVSelangor

0 Komen pengunjong :