Zaid Masih Sayang PKR, Mahu Jumpa Presiden





PETALING JAYA 9 NOV :  Calon Timbalan Presiden yang berhasrat menarik diri Datuk Zaid Ibrahim masih sayangkan PKR dan bersedia berjumpa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun dalam sidang media dirumahnya pagi tadi, beliau mahu PKR menukar kepimpinan jika mahukan parti itu maju. 
Semalam, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu meletakkan semua jawatan dalam parti sebelum menarik diri dari pemilihan PKR semalam dan mengecam kepimpinan kerana membiarkan pemilihan berjalan tanpa ketelusan turut menganjurkan supaya Ketua Umum, Datuk Seri  Anwar Ibrahim dan Calon Timbalan Presiden Azmin Ali untuk berundur dari parti.
"Keadilan ada pilihan, meminta Anwar mengundur diri dan memberi peluang orang lain mengambil teraju. Dia ada masalah peribadi untuk diuruskan.
"Azmin pula masih tiada bukti kepimpinan. Dia nampak terlalu fokus nak takluk Putrajaya dan lupakan akar umbi," kata beliau.
Zaid mendakwa beliau tidak berseorangan berpendapat begini kerana mendakwa ramai ahli dan pemimpin lain bersetuju dengan pendapat beliau.
Zaid bagaimanapun tidak menjamin akan kekal di Parti kerana ada kepimpinan yang tidak menyukai beliau.

0 Komen pengunjong :