Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Zaid berhak tentukan keputusannya sendiri – Presiden PKR

wan-azizah[1]
PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa terkilan berikutan keputusan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk Zaid Ibrahim yang menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden dan semua jawatannya dalam PKR.
Walaupun terkejut dengan pengumuman Zaid yang hanya melalui kenyataan blognya pagi tadi, Azizah bagaimanapun optimis dengan keputusan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
"Saya baru baca kenyataan Zaid dalam blog dan tak sangka beliau hendak berundur diri. Sebelum ini dia tidak pernah mengadu masalah kepada saya atau pucuk pimpinan parti. Tak mengapalah, terpulang..itu hak dia sama ada dia mahu bertanding atau tidak," katanya kepada FMT.
Mengulas mengenai kritikan Zaid mengenai kepimpinan parti itu yang secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa sepanjang pemilihan PKR, Azizah bagaimanapun mempertahankan fungsi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
"Kita kena dengar apa yang dia dakwa itu dan kami melalui JPP sudah pun mendengar aduan beliau (Zaid) serta yang lain. JPP telah pun menyiasat dan mendengar mengenai masalah berbangkit dan kita sudah pun menjawab semua tuduhan itu semalam," katanya.
Perjuangan parti
Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Zaid tidak harus meletakkan jawatan dan menarik diri seandainya Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memahami konsep parti dan perjuangan parti.
"Seandainya persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR itu dilihat sebagai saingan persahabatan dia seharusnya tidak menjejaskan komitmen kepada parti dan perjuangan.
"Mengenai tuduhan membabitkan kertas undi oleh blogger Haris Ibrahim, Setiausaha PKR dan JPP telah pun menjawab mengenainya semalam dan ia cukup jelas….apa-apa tuduhan itu adalah perlu dirujuk kepada JPP dan Jawatankuasa Disiplin," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan keputusan Zaid itu berkait rapat dengan keputusan undi pemilihan MPP di Sabah minggu lalu yang majoritinya memihak kepada pesaingnya Azmin Ali.
Zaid dalam blognya menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada beratnding jawatan Timbalan Presiden PKR dan semua jawatannya dalam PKR kerana kecewa dan tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang cacat.
"Saya sebenarnya silap" – Zaid
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.
Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.
"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

2 comments :

  1. Salam, back to square one kite...ada orang sonok dgn perkembangan ni. Horit! Horit! Diorang sorak...adeeeei!

    ReplyDelete
  2. @MOH KEMBARA..... Moga PKR tidak mengalami perpecahan selepas ini.

    ReplyDelete