Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno , Perkasa Politikkan Usaha Jadikan Pulau Pinang Hub Pendidikan

YY9KUALA LUMPUR 4 Nov - Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata tindakan Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mempolitikkan isu hub pendidikan yang jelas bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, beliau turut bercadang menghantar surat tuntutan terus kepada Kementerian Pendidikan atau Pendidikan Tinggi bagi  membentuk Jawatan Kuasa Muafakat Pendidikan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai salah satu hub pendidikan di negara ini.

"Saya menyambut baik jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong di mana kerjasama penuh akan diberikan oleh kerajaan berhubung cadangan menjadikan Balik Pulau sebagai hub pendidikan.

"Saya juga mengambil kesempatan ini selepas isu tersebut menjadi kontroversi dalam isu pengambilan tanah dan tuduhan yang mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memangsakan masyarakat Melayu di kawasan itu hanyalah fitnah semata-mata.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah isu pengambilan tanah di Kuala Upeh, Balik Pulau telah dibuat oleh pihak pentadbiran tanah menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 7 Oktober lepas.

Dalam kenyataan akhbar tersebut telah menjelaskan tanah yang diambil dimiliki pihak swasta iaitu Gin Toh Holding Sdn Bhd.

"Apa yang berlaku, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebenarnya telah menyelamatkannya tanah masyarakat Melayu yang terpinggir di Balik Pulau.

"Saya mahu perkara ini dijelaskan sekali lagi kerana apa yang paling Pakatan Rakyat terkilan selepas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Fuad Zakarshi yang mendakwa kerajaan negeri Pakatan Rakyat ingin membina sebuah universiti daripada Singapura yang jelas bertentangan dengan Ka Siong yang memberikan jawapan lebih kepada semangat 1 Malaysia.

"Ini merupakan propaganda jahat Umno dan Perkasa  mempolitikkan isu pendidikan kerana kalau betul Universiti Nanyang yang mahu dibina di situ, ianya adalah satu universiti yang baik," tegas Yusmadi.

Dalam pada itu, beliau turut memuji jawapan Dr Wee yang dilihat memberikan jawapan yang memberikan manfaat kepada pembangunan pendidikan  penduduk luar bandar, khususnya.

"Agenda hub pendidikan adalah agenda melangkaui mana-mana parti politik, saya juga berharap perkara ini bukan hanya retorik politik di mana agenda tidak parokial dan rasis sebalik benar-benar membangunkan agenda pendidikan," tegas beliau dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, Isnin lepas.

0 Komen pengunjong :