Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hub Hiburan Malam Bakal Bawa Kebanjiran Wanita Warga Asing

liburKUALA LUMPUR 4 Nov - Cadangan menjadikan sebagai hub hiburan bagi menggalakkan industri pelancongan bakal menyebabkan aktiviti penyeludupan warga asing terutamanya kaum wanita bagi memenuhi keperluan industri tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata aktiviti hiburan malam selalunya dikaitkan  dengan kegiatan pelacuran dan penyalahgunaan pelbagai jenis dadah oleh golongan remaja dan sentiasa diperhatikan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Pusat hiburan malam ini juga sering dikaitkan dengan gejala sosial yang lebih besar seperti pekerja-pekerja sosial yang terdiri daripada wanita tempatan dan warganegara asing.

"Sudah tentulah ini akan merancakkan lagi kemasukan pekerja sosial daripada negara luar yang terdesak untuk memenuhi permintaan industri tersebut," ujarnya ketika ditemui media di lobi Parlimen, semalam.

Tambah beliau, kerajaan sudah tentu akan gagal mengawal masalah tersebut, ini adalah kerana di dalam keadaan sekarang kerajaan dilihat  tidak dapat menangani masalah gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.

"Hari ini kita tengok kalau setiap kali serbuan dibuat, akan ada tangkapan yang terdiri daripada 20 hingga 25 peratus adalah terdiri daripada mereka yang 'overstay', menggunakan pas lawatan sosial untuk tujuan bekerja di dalam industri hiburan malam, khususnya.

"Apa lagi, apabila kita membuka peluang dengan hub hiburan ini, kerajaan dilihat seperti menyokong industri yang berbentuk merendahkan akhlak dan aktiviti yang menyalahi undang-undang," kata beliau.

Justeru, kerajaan Umno-BN boleh dituduh seperti menggalakkan aktiviti penyeludupan warga asing secara haram bagi memenuhi keperluan industri tersebut.

Apatah lagi, selepas ini kerajaan akan menghalalkan industri tersebut dengan memberikan lesen secara terbuka yang sudah tentunya akan menarik perhatian lebih ramai wanita negara asing datang dan bekerja secara haram di negara ini.

Apa yang lebih membimbangkan kata Azan adalah bagi menggalakkan industri pelancongan melalui hub hiburan malam ini, kerajaan Umno-BN akan bersikap "lepas tangan" atau menghadkan serbuan pihak penguatkuasa yang selama ini digunakan bagi mengekang gejala sosial yang semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat di negara ini.

0 Komen pengunjong :